ASSALAMUALAIKUM
macam tajuk lagu pulak entry kali ni
sepanjang aku drive dari rumah ke office arini
banyak aku berfikir
terlalu banyak
sampai je terus jari aku laju menaip di belog
aku jatuh cinta pada indahnya quote
'JAUHI DIRIKU, DEKATI WALIKU'
sungguh
quote ni bermain-main di fikiran aku
terus masuk ke qalbu
terima kasih utk met yg memberikan novel CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU
kerana kau met, aku mula fahami quote ini
hampir 5 tahun
'dia' memberi hint pada mama dan ayah ku
'dia' tak pernah dekati aku
tapi seringkali bertemu waliku
menyuarakan isi hati kepada waliku
tapi sehingga kini aku masih tak memberi kata
diam tanpa bersuara
terdetik di hatiku
diakah orangnya
yang menjauhi diriku, mendekati waliku
masih mencari waktu
utkku beristikharah
mampukah aku terima jawapan dariNYA
meski pun aku tahu dia PERENCANA SEGALA
sebelum istikharah
aku merenung diri
mampukah aku menjadi isteri
bila selama 27 tahun aku hanya fikirkan diri
mampukah aku menjadi ummi
bila selama ini aku hanya memerhati
kadangkala bila melihat orang berkahwin
aku semacam sudah bersedia
kadangkala bila fikirkan diri
aku semacam butuh masa
wahai jodohku,
andai kau tidak punya kewangan yang utuh
percayalah ini
"carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan"
janji Allah dalam surah An-Nur, ayat 32
kepada jodohku,
aku sendiri tidak tahu siapa kamu,
di mana kamu,
tapi sejujurnya aku minta,
peliharalah cintamu,
kerana kini ku peliharakan cinta hanya untukmu,
cinta yang halal untukku,
muge disetiap bait kata cinta,
di setiap hela rindu,
menggugurkan dosa
hanya pahala sahaja
wahai jodohku,
aku tidak la semuslimah mana
aku kadangkala leka dengan dunia
tapi aku mohon
agar nanti kita bersama
berpimpin tangan
menuju ke jannah
wahai jodohku,
muga kau yang diciptakan untukku
bukan hanya sekadar peneman di dunia
tapi juga bidadara di syurga
yang sentiasa ada hanya untukku
ADIOS ~ ~ ~
p/s : terasa diri semakin matang,
muge sentiasa matang
dan bertambah matang
No comments:
Post a Comment